Secured-by-horizontal-v3

Bagaimana Memilih Tangga Yang Sesuai?

bagaimana memilih tangga step yang sesuai

Biar saya berkongsi dengan anda bagaimana kamu boleh memilih tangga yang sesuai untuk kerja-kerja kamu di rumah, di ofis, di kilang, supaya anda tidak akan terkilan dan tersilap beli tangga kerja yang sepatutnya. Sebenarnya, kebanyankan tangga (step ladder) boleh digunakan dan sesuai untuk kerja-kerja am harian, dan pada kebiasaannya, kami akan mensyorkan pelanggan-pelanggan kami supaya membeli tangga yang lebih tinggi daripada membeli tangga yang lebih rendah. Kami akan membincangkan butir-butirnya di bawah.

Bila tersilap beli tangga yang terlalu rendah, memang panas. Tangga itu tidak boleh digunakan dan terpaksa pula cari tempat untuk menyimpan tangga yang besar dan tinggi itu pula. Lambat laun, kamu akan perasan yang memang tidak ada guna untuk tangga yang rendah itu, dan terpaksalah kamu menghadiahkan tangga tersebut kepada kawan-kawan, atau jiran yang memerlukan tangga (itu pun lah jika ketinggian tangga tersebut sesuai untuk mereka.)

Jom, kami kaji pemilihan tangga yang sesuai!

Apakah Tujuan Tangga Itu Akan Diggunakan?

Yang ini memang jelas dan ‘simple’. Tangga yang anda carikan itu, adakah ia untuk panjat ke atas untuk menukar lampu? Ataupun untuk sampai kepada kipas siling ataupun aircond, untuk andabersihkan habuk-habuk yang kian melekat kuat dan tebal? Ataupun tangga itu diperlukan untuk kerja kerja am di luar atau di dalam rumah? Sekiranya begitu, tangga aluminium adalah memadai untuk tujuan anda.

Tetapi, sekiranya tujuan anda menggunakan tangga itu adalah untuk kerja-kerja prmasangan elektrik, kerja-kerja manyambung wayar DIY, maka pilihina tangga-tangga yang dibuat dari fiberglass adalah lebih sesuai untuk anda. Fiberglass adalah sejenis bahan binaan yang kuat dan tidak akan mengkonduksi eletrik, maka sekiranya anda tersilap menyambung semasa kerja menyambing wayar, anda boleh pasti bahawa keselamatan anda tidak terancam.

Tak akan lah kamu nak kena short-circuit, kan?

Memang suatu idea bernas untuk tidak menggunalan tangga yang diperbuat dari aluminium untuk kerja-kerja eletrikal. Sekiranya anda terlupa menutup atau memutuskan power ketika menyambing wayar, anda akan terkilan dengan letupan kuat dari short circuit tersebut. Letupan short itu pasti sangat kuat. ( Memang tiada letupan short circuit yang lembut, kerana kuasa elektrik 240V to teramat kuat!)

Jadi, sekiranya tangga step yang anda perlukan akan kebanyakan masa digunakan untuk membuat kerja-kerja elektrik, pilihlah tangga fiberglass. Dan sekiranya anda perlukan tangga tersebut untuk kerja-kerja biasa, kerja am, tangga aluminium adalah memadai.

Berapa Berat Orang Yang Akan Menggunakan Tangga Tersebut?

Seterusnya, pertimbangkan berat badan orang yang akan memanjat naik dan turun tangga tersebut.

Setiap tangga step adalah direka untuk lingkungan beban dan berat yang berlainan. Pada kebiasaannya, tangga dibina untuk tahan berat bebab 90kg dan ke atas. Tetapi ada juga tangga yang ratingnya lebih rendah. Ada setengah-tengah tangga murahan buatan dari China tidak dibina dan mematuhi sebarang standard beban dab berat. Tangga seperti ini membawa risiko trial-and-error, cuba-cuba lah.

Sekiranya anda seorang gadis yang kurus dan genit, berat badan kurang dari 60kg, maka anda tidak perlu was was kerana sebarang tangga rating ringgan (light-weight) pasti tidak membawa masalah kepada anda. Pilihlah tangga yang ratingnya berat beban sekurang-kurangnya 90kg. Tangga sebegini akan biar anda rasa selamat dan tidak bergoyang sewaktu anda sedang bekerja di tempat yang tinggi.

Sekiranya and seorang lelaki yang kurus dan tegap, berat badan sehingga 80kg, tangga yang ratingnya 90kg masih boleh digunakan sekiranya kerja yang dijalankan adalah ringan. Tetapi sekiranya kerja yang anda lakukan adalah berat, banyak pergerakan, dan getaran, tangga yang ratingnya rendah adalah tidak sesuai dan “solid” untuk anda. Tangga sebegini akan bergoyang yang berasa tidak stabil sekiranya anda nak juga gunakannya. Bagi anda, tangga yang ratingnya 100kg ke atas adalah lebih. Terutamanya bila anda ingin dan sedang bekerja seorang diri. Tangga yang bergoyang kuat akan membuat anda berasa berisiko, berbahaya dan berasa tidak selamat.

Untuk lelaki besar yang ingin membuat kerja kuat seperti mengerudi, mengecat, renovation, pengubah suaian, memasang lampu, memasang tirai, pilihlah tangga yang boleh menahan berat beban sebanyak 150kg. Tangga dengan rating ini akan membuatkan anda perasaan selamat dan “solid”. Ia akan dapat menerima getaran dari kerja yang anda sedang lakukan tanpa menjadi tidak stabil dan bergoyang kuat.

Sekiranya anda menggunakan tangga step yang tidak sesuai ratingnya, anda pasti akan berasa kecewa dengan tangga step yang dibeli. Sebagai contoh, anda adalah seorang lelaki yang berat badan 95kg, dan anda menggunakan tangga step yang baru dibeli dari kedai hardware yang terdekat yang ratingnya 80kg —- biar saya bincangkan topik ini sebentar.

Rahsia Penjual Di Hardware Shop Berdekatan

Kedai hardware adalah tempat yang bagus untuk membeli barangan seperti piping, paku, skru, dan sebagainya, dan anda juga boleh membeli tangga step di sana.

Tetapi ingat, setiap kali anda membeli tangga step di sana, pekedai tidak akan memaklumkan kepada anda apakah rating tangga step tersebut. Dan pada kebiasaannya, seperti semua kedai hardware yang menjual dan memasarkan barangan kerja dan material yang berharga rendah, mereka akan menyimpan barangan jenis harga “value”. Maka, mereka akan menyimpan stok tangga step yang berharga murah. Tanga step jenis murah ini selalunya ada tangga yang buatan berkualiti, tetapi — rating berat bebanya biasanya adalah lebih murah , dalam lingkungan 80kg sahaja.

Secara amnya, hanya lelaki akan ke kedai hardware, dan biasanya mereka juga mempunyai badan yang lebih berat. Tangga step dari kedai hardware akan dapat bertahan untuk mereka yang berat 80kg dan menggunakan tangga step rating 80kg. Tetapi, bila anda membawa peralatan dan memanjat tangga, memanjat naik dan turun, tangga jenis ini akan bergoyang kuat. Tidak lama kemudian, anda akan dapati tangga step yang anda baru sahaja beli dari kedai hardware tidak boleh digunakan dan terlalu bergoyang. Dan sejurusnya, anda terpaksa keluarkan wang untuk membeli lagi satu tangga, dan kecewa terhadap terhadap tangga tersebut dan menganggap kualiti tangga step tersebut rendah.

Sebenar penerangannya mudah, suatu tangga 80kg hanya di-rating-kan untuk berat beban 80kg yang statik. Beban statik yang dimaksudkan ialah objek atau beban yang digunakan untuk “test” tangga ini tidah bergerak. Pendek kata, apabila mereka membuat “load test”, suatu beban buatan besi atau plumbum akan diletakkan di atas tangga, dan dibiarkan selama beerapa minggu. Apabila tiada pergerakan, sendi tangga step tersebut tidak akan dijejas, maka tangga itu akan kekal stabil.

Tetapi, seperti yang kami semua tahu, memang tiada orang berdiri di atas tangga tanpa pergerakan, kan? Maka, apabila tangga step tersebut ratingnya adalah tepat seperti berat badan anda, itu tidak bermaksud tangga step tersebut boleh menahan pergerakan kuat yang anda buatkan.

Apakah tangga yang sepatutnya untuk anda?

Pilihlah tangga yang rating berat bebannya sekurang-kurangnya 95kg — heavy duty. Tangga step begini akan sesuai untuk anda. Untuk kerja-kerja yang kasar, pilihlah tangga step yang ratingnya 125kg atau 150kg. Tangga seperti ini akan bertahan dan boleh digunakan lama.

Jadi, inilah caranya kedai hardware mengaut keuntungan dari tangga step. Apabila anda “order” suate tangga step, mereka akan menjual tangga step jenis harga rendah kepada anda. Tetapi sewaktu menjual tangga step tersebut kepada anda, mereka tidak akan memaklumkan rating tangga step tersebut (ada juga kes-kes dimana sales assistant kedai hardware yang tidak tahu mengenai rating tangga.) Oleh sebab, tangga step itu memang tidak sesuai untuk berat badan anda, dengan cepat sekali tangga step tersebut akan bergoyang kuat, dan perlu dibuangkan. Kedai hardware bolehlah menjual anda lagi sebuah tangga step, yang kali ini lebih mahal, kerana anda pasti akan “request” tangga yang lagi best. Mereka akan berjaya menjual anda lagi satu tangga. Jadi, mereka bukan sahaja menjual 1 tangga, tetapi 2 tangga. Okey, biarkan kami sedar bahawa apabila tangga step diperlukan, menggunakan kerusi atas meja memang tidak sesuai. Anda akan membayar lebih banyak want nila anda memilih tangga step murahan – cheapo. Dan kedai hardware dapat menjual anda 2 tangga untuk mendapatkan jumlah nilai jualan yang lebih tinggi.

Yang hairannya, ada juga customer yang akan membeli tangga rating rendah yang tidak sesuai, merosakkannya, kemudian membeli semula tangga model yang sama. Mereka akan mengulangkan proses ini. Mereka akan membeli model tangga step yang sama 3 hingga 5 kali, dan setiap kali terpaksa membuang atau menukarkannya. Alasan yang mereka beri pada kebiasaannya ialah kerana tangga tersebutlah yang mereka mampu beli. Walaupun, memang jelas yang membayar harga yang lebih tinggi untuk tangga step yang lebih baik, lebih sesuai, dan lebih kuat adalah cara yang terbaik.

Saya akan mencadangkan setiap pembeli tangga step supaya mengenal pasti rating berat beban tangga step, supaya mereka akan dapat membeli tangga yang betul, and menjimat wang pada jangka masa panjang. Ini juga boleh mengurangkan sampah dan membantu bumi kita lebih hijau.

Satu Lagi Sebab Mengapa Tangga Step Yang Rating Berat Bebannya Betul Adalah Penting

Pernah tak anda perasan ada segelintir tangga step yang permukaan step mereka bengkok? Ini sebab tangga step yang digunakan ratingnya tidak sesuai untuk orang menggunakannya. Step tangga tersebut asalah direka untuk lelaki 80kg, dan apabila lelaki 90kg berdiri di atasnya, step itu akan bengkok. Dan apabila tangga step itu bengkok, tangga itu menjadi merbahaya, tidak selamat, dan tidak boleh digunakan lagi. Jadi, itu satu lagi sebab mengapa anda perlu memilih tangga yang betul ratingnya.

Demi menjimat berapa ringgit sekarang, anda akan hilang lebih banyak lagi wang pada masa akan datang. Cuba anda bayangkan yang kamu baru sahaja menbeli tangga, agen penghantaran baru sahaja menghantar tangga baru tersebut. Dan anda membuka tangga tersebut kepada bentuk “A”, dan terus memanjat ke atas. Tangga masih baik, tetapi apabila anda sedang turun tangga, salah satu step tersebut bengkok. Tangga itu tidak boleh dipulangkan kerana masalahnya adalah tersalah pilih rating tangga.

Ini pasti membuat pengalaman membeli anda mengecawakan dan tidak gembira, dan anda marah dan berjanji tidah akan membeli tangga dari kedai hardware yang sama lagi. Dan anda terpaksa ke tempat lain mencari tangga yang lebih boleh dipercayai. Bukankah ini mencari masalah dan menyusahkan diri sendiri?

Ambil Kira Berat Barangan Yang Akan Dibawa Di Atas Tangga

Andaikan anda perlukan sebuah tangga step untuk kegunaan ofis atau gudang. Dan suatu hari, bos anda mengarah anda supaya mengemaskan kawasan simpanan barang. Anda terpaksa memikul kotak-kotak penuh dengan kertas file, parts besi keluli, memanjat tangga. Jika berat kotak tersebut berat 10kg – 20kg, berat ini akan ditambahkan dengan berat badan anda juga. Maka, sekiranya anda adalah 90kg dan kotak adalah 10kg, jumlah beban adalah 100kg. Dalam contoh ini, pilihlah tangga step yang ratingnya 150k. Pastikan anda pertimbangkan berat beban yang anda akan bawa di atas tangga tersebut. Untuk folder dan file ofis yang maximum 2 kg, ini tidak akan menjadi pertimbangan besar. Tetapi untuk bilik stor dan gudang, ambil kira berat barangan yang anda akan bawa di atas tangga step.

Bagaimana Membeli Tangga Yang Ketinggiannya Betul?

Sebelum anda membeli tangga step untuk sendiri, pertimbangkan berapa tinggi tangga step yang and perlu.

Ambil “measurement tape” dan ukur jarak di antara lantai dengan objek yang anda ingin sampai, contohnya seperti lampu bulb seperti dalam infografik ini. Kami akan mengelarkan jarak tinggi yang diukur ini sebagai “Maximum Working Height”  — Tinggi maksimum untuk bekerja.

bagaimana memilih tangga step yang sesuai

Seorang pemuda Malaysia adalah lebih kurang 1.5 meter hingga 1.7 meter tingginya. Tolak 1.0 meter daripada jarak yang “Maximum Working Height” yang diukur tadi. Katakan lampu bulb itu adalah 3.0 meter tinggi (diukur dari lantai), totak 1.0 meter, maka tinggi “A” Type tangga step yang anda perlu beli ialah 2.0 meter. Pastikan anda beli tangga step yang lebih tinggi sedikit.

Mudah kan?

Kemudian, sewaktu anda memilih tangga di laman web kami, pilihlah tangga yang tinggi “A” type sama seperti dikira tadi. Perhatikan bilangan step ( contohnya: 8 step) supaya anda akan ingat, dan boleh memilih tangga tersebut apabila and “Add to Shopping Cart” dan juga semasa “Checkout” untuk membuat bayaran.

Mengapa Anda Tidak Boleh Memijak Atas Step Paling Tinggi Tangga?

Ramai orang salah faham yang anda boleh menggunakan tangga sehingga step tertinggi. Pastikan anda membiarkan ruangan 2 step ketika anda membeli tangga. 2 step tangga ini memberi ruang untuk menyokong lutut anda dan tempat untuk memegang tangga dengan tangan.

Sentiasa elakan dari berdiri di atas step tertinggi untuk keselamat maksimum. Setiap tangga akan bergoyang kuat sekiranya anda berdiri di step tertinggi. Dan sekiranya anda tidak stabil, anda tidak dapat memegang sebarang benda dan ada risiko jatuh ke bawah. Anda pasti ingin mengelakkan diri daripada jatuh.

Apa Yang Telah Kami Belajar?

Saya telah berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh dengan mudah sekali pilih tangga yang sesuai untuk kerja anda.

Pertimbangkan:

  • Apakah jenis kerja yang akan anda lakukan?
  • Perlukah tangga tersebut digunakan untuk kerja menyambung wayar, dan kalis elektrik?
  • Berapa berat orang yang akan memanjat tangga tersebut?
  • Berapa berat barang yang akan dipikul naik tangga?
  • Berapa tinggi tangga yang sepatutnya?
  • Tekan butang “Add to Shopping Cart” dan “Checkout” untuk membuat bayaran.

Ada Tips Yang Lain?

Pastikan anda pilih tangga yang lebih tinggi daripada “A” Type Height yang dikira. Ini akan memberi tangga step yang paling selamat and paling selamat.

Serta, anda boleh juga membeli tangga yang lebih tinggi lagi, supaya anda boleh menggunakan tangga yang same untuk tujuan lain. Ada juga lampu bulb yang tergantung lebih rendah daripada kipas siling dan aircond. Jadi, jangan pilih lampu bulb sebagai objek rujukan. Pilihlah aircond sebagai objek rujukan. Begitu, anda hanya perlu membeli 1 tangga step sahaja untuk rumah, kedai, store, ofis, atau gudang. Anda boleh sampai kepada aircond dang juga lampu bulb.

Jadi, sekarang anda sudah mahir dalam memilih tangga step, teruskan kepada kedai online kami di www.ladders-online.com.my untuk memilih tangga step anda. Click here.

Pengarang: Lok – Salah satu Pakar Tangga kami , last updated on 25 September 2015 

Leave a Reply